Syarat2 Beli Rumah Lelong


Syarat-Syarat Beli  Rumah Lelong

Sebelum beli rumah lelong, pastikan syarat2 ini di penuhi terlebih dahulu.

Saya sertakan syarat2 nya sebelum membeli rumah lelong.

1.       Sebelum membeli rumah lelong, buatlah carian hak milik secara rasmi dipejabat tanah terbabit, lawat rumah  lelong berkenaan dan jika boleh pergi ke pejabat pemaju untuk dapatkan maklumat selanjutnya. 

2.      Selain itu, lebih baik juga anda meninjau sendiri rumah lelong itu dan mengambil gambar hartanah itu….kadang2 rumah tersebut mungkin tidak memuaskan hati anda. 

3.       Pada hari lelongan, pembida kena sediakan 10 peratus daripada harga rizab harta atau rumah, sama ada dalam bentuk bank draf atau tunai. Ada juga setengah bank yang minta 5% dari harga lelong.

4.      Jika anda mewakilkan agen rumah lelong, kedua-dua kad pengenalan asal dan surat kuasa yang membenarkan dia menjadi wakil untuk mendapatkan lelongan perlu dibawa.

5.      Kalau hantar agen rumah lelong sebagai wakil, agen pun mesti bawa wang untuk bayar antara 10 peratus harga pembelian  dalam bentuk bank draft atau wang tunai ( itupun kalau anda percaya pada agen tersebut)

6.      Pastikan anda tiada masalah dengan pihak bank….kalau ada blacklist jgn segan2 beritahu pada agen anda, supaya tiada masalah dalam pinjaman nanti.

7.       Bank draft akan di pulangkan semula pada anda sekiranya gagal dalam membida rumah lelong tersebut.

Ini sahaja syarat2 yang perlu tau sebelum membeli rumah lelong…..untuk makluman rumah lelong sangat murah jika dibandingkan  membeli rumah yang sediada kerana harganya di bawah harga pasaran.

Walau apapun, pastikan anda puas hati sebelum membeli rumah lelong.